Wednesday, May 18, 2011

Nur Kasih The Movie - from my point of view

assalamualaikum... lama aku tak muncul...

Setelah gi tengok Kongsi dengan beberapa ahli kongsi gelap dan tidak berpuas hati dgn cite "Kongsi", ahli2 kongsi gelap tersebut ajak aku layan satu movie......

tadi aku gi tengok cite nur kasih... waktu tayangan, 11.40, 18/5/2011 kat times square...kitaorg antara yang pertama tgk semenjak ditayangkan tadi... cite ni agak best bagi aku.. bagi aku la...bagi korang xtau la... sebab apa best? nnt aku cite kat bawah...aku akan cite according to scenes/babak/plot dan dari pandangan aku sendiri.  

Aidil kematian isteri tercinta....
Aidil baru kematian isterinya yang amat disayangi... dimulakan dengan bacaan surah Yassin yang dibaca dalam keadaan sebak... Anaknya Iskandar dan Mariam yang masih kecil baru kehilangan ibunda yang dikasihi.. Aidil masih cool lagi depan orang...malam tu anak gadis nya yang masih kecil cakap
"malam ni Mariam tido dengan Maksu tau"....
then datang pulak anak lelaki sulungnya yang masih jugak kecil dan berkata...     " Iskandar tido dengan Tok Wan malam ni... ayah tido dengan sape? kalau ayah nak Iskandar teman, Iskandar boleh tido dengan ayah.." 
Aidil dengan nada yang cool cakap "ayah tido dengan buku2 ayah malam ni, Is pergi la tido dengan Tok Wan, sian Tok Wan tunggu..."
then bila anak2 dia dah pergi...maka muncullah satu babak dimana Aidil refresh balik memori arwah isternya tlg simpankan baju dia dalam almari... agak menyedihkan... lepas tu Aidil menangis meraung sorang2 dalam bilik sampai terduduk depan almari tu sambil pegang baju arwah isterinya... nampak tak apa yang scene ni cuba cerita kat kita?
Lelaki... untuk pengetahuan org perempuan di luar sana... lelaki juga menangis meraung bila kehilangan orang tersayang... tambahan pula isteri tercinta atau kekasih yang disayangi... lelaki juga bersedih... tetapi bila bersedih jarang ditunjukkan depan orang... tapi bila bersendirian, lelaki jugak mampu menangis... malahan lagi teruk dari tangisan perempuan... kesedihan Aidil sungguh tak dapat dibayangkan... hanya orang yang pernah kehilangan teman hidup yang mengerti perasaan Aidil.. Aidil... aku paham apa yang kau rasa time tu...

Anak2 Aidil
Anaknya yang sulung menunjukkan kematangan yang melebihi usianya dalam menghadapi kematian ibunya.. dengan ekspresi sedih, anaknya cuba bercerita melalui matanya yang dia amat2 merasai kehilangan ibunya dan ingin berkongsi rasa sedih dengan ayahnya... Sebagai anak sulung dia seolah2 cuba menunjukkan melalui matanya yang dia akan menjaga adiknya yang tak mengerti apa2... ada satu scene yang Mariam, adik kecilnya cakap kat Paksu nya. " Nasib baik Paksu tak sakit banyak, kalau tak dah meninggal macam ibu"....
then Iskandar bertempik nama Mariam dan berlari keluar termenung duk depan umah... Untuk pengetahuan korang, memang ada budak2 yang matang dari usianya, yang mengerti kehilangan orang tersayang... mungkin ada yang akan cakap budak2 mana la tau sangat benda2 ni... tapi sebenarnya ada budak2 yang dikurniakan akal untuk mengerti rasa kehilangan...

Engkau ambillah apa sahaja, tapi jangan engkau ambil Nur Amanina
Bila keretapi eksiden, Adam tercari2 Nur... tapi bila jumpa Nur, Adam tengok Nur tak bermaya, takde respon.. Adam peluk Nur and nangis, then dia gi kat kawasan lapang then berdoa " Ya Allah, Engkau ambillah apa sahaja, tapi janganlah engkau ambil Nur Amanina, janganlah Engkau ambil nyawanya... "
Maka doa nya pun termakbul...
Dia tak kehilangan Nur Amanina... Dan lagi satu doa dia termakbul iaitu.."boleh ambil apa sahaja"....
Dia kehilangan sesuatu.. Kehilangan kesihatan...
Benda macamni memang ada berlaku dalam kehidupan kita... sometimes kita tak hilang orang yang kita sayang, tapi hilang apa yang patut kita tak hilang... tapi baru2 ni aku ada kenal sorang laki yang hilang kedua2 nya sekali... dia pernah hilang orang yang dia sayang and now dia hilang kesihatan... Kesian dia... kesian dia... dan apa yang aku tau... dia tengah tabah berlakon seolah2 takde apa2 yang berlaku dalam hidup dia... Keep it up bro. You have family and friends.

Kesedihan suami isteri yang keguguran anak yang dinanti2 kan sebagai ikatan kasih sayang
Adam dan Nur were so happy untuk menantikan ketibaan org baru. Adam berusaha gigih menbuat kerja2 rumah yang selama ini dibuat oleh isteri tercinta...Dia tak bagi Nur buat keje2 berat... Suddenly, keguguran...Nur sedih sgt.. Adam pun nangis..
Sian diaorg...menunggu dengan penuh excited, tapi lain lak yang jadi... itulah ujian yang kita akan hadapi... bak kat Mak Adam dalam satu scene... " kita tak tau apa yang Allah tentukan untuk kita, kita hanya perlu bersedia.." betul kata mak Adam tu... bersedialah kita... bak kata kawan aku : good things dont last forever".
Bila aku tengok diaorang sedih, teringat kat akak aku... Bila dia kematian anak keduanya selepas 3 hari dilahirkan, aku ingat lagi kesedihan dia...
Sharifah Nur Mardhiah... nak tau tak? Pak uda dulu tunggu la bila Mardhiah nak lahir... 9 bulan tau Pak Uda tunggu...hari2 Pak Uda imagine macamna la muka Mardhiah bila lahir nnt.. Masa tu Pak Uda tinggal dengan Umi dan Abi Mardhiah... masa tu Pak Uda selalu main2 dengan akak sulung Mardhiah iaitu Marsha..selalu Pak Uda cakap kat Marsha, yang dia akan dapat adik...then bila Mardhia lahir, masa tu Pak Uda ada kat kampung, tak sempat lagi nak tengok...tapi 3 hari lepas Mardhiah lahir, Abi Mardhiah call Pak Uda, dia cakap Mardhiah dah takde... bila Pak Uda balik KL tgk Mardhiah..Pak Uda nangis... muka Mardhiah sebijik macam akak Marsya.. Pak Uda ada kiss dahi Mardhiah sebelum diaorg kebumikan Mardhiah... Mardiah doakan Umi dan Abi tau...

Kalau asyik nak ajar orang2 yang gi masjid je, sape lak yang nak ajar budak2 macamtu?
Marah betul Adam dengan ustaz tu. Boleh ke dia cancel mengajar sebab dia tgk budak2 perempuan tak tutup aurat, budak laki duduk tak sopan, bergaul dalam satu kelas. Ish... marah betul aku dgn ustaz tu... Betul la kata Adam, asyik nak mengajar org2 masjid je, budak2 mcm ni sape yang nak betulkan?
Bagi aku la.. budak2 yang macam ni lah yang kita patut lagi dekat... approach dengan cara yang betul... cuba ikut rentak diaorg... Aku pun boleh kira tergolong dalam golongan budak2 tu.. dan aku tau yang kalau kena dengan caranya kitaorg masih boleh dibentuk... Takkan yang jahat nak dibiarkan bertambah jahat... ni kdg2 aku tgk budak2 baik siap langsung taknak kawan dengan budak2 jahat.
Kita kan kena berdakwah sesama sendiri.. so jangan pilih bulu... Kita kena salahkan diri kita kalau yang jahat bertambah jahat sebab kita tak tarik diorang keluar...
dalam cite ni, Lastly Mamat yang nampak macam " terjal" tu jugak la yang derma organ kat "bro" dia iaitu Adam...
Dalam banyak bergaul dengan budak2 jahat, aku mengerti something la... budak2 jahat biasanya suka tolong kawan2 dan tak kisah berkorban... kawan2 yang kategori baik ni kadang2 berkira skit...

Note : kalau korang nak tau, kelas yang macam Adam mengajar tu memang wujud kat KL ni... untuk anak2 terbiar...


Percintaan
Hebatnya cinta suami isteri, Adam sanggup meredah balik tempat kejadian untuk dapatkan balik cincin. Nur sanggup jaga suami dia yang sakit sedangkan perbelanjaan perubatan dah cecah puluhan ribu, sedangkan ada masalah kewangan.
Betapa tersentuh dan sedihnya Adam tgk wife dia berkorban macamtu...Dah la mengandung.. Adam cakap dah ready untuk "pergi" sedangkan Nur masih nak suami dia berada disampingnya.. Bila dah dapat satu projek yang leh buat duit pulak, projek tu bersangkut dgn maksiat.. Nur sanggup tolak sebab dia tau tak berkat duit tu kalau dia buat projek tu walaupun hakikatnya dia amat2 perlukan duit untuk rawatan Adam...
Ada satu scene tu pulak ada mak Adam selak balik gambar2 lama arwah ayah Adam Dan Aidil.. masih sayangkan dan teringat arwah suaminya walau telah lama tiada..
Nur sampai ke tua masih CINTAKAN suami dia...sampai tua... sampai tua...
kasih sayang macamni la yang kita nak dalam kehidupan suami isteri.. Ish... teringin lak aku nak kawin ni.. ish...

-----------------------------------------------------------------------------
dah la. aku tak larat nak taip lagi dah... Memang ada lagi dua tiga perenggan yang aku nak cite, tapi standard aku la, pemalas....banyak lagi part2 yang best dalam cite ni.. aku saje nak kasi panas line supaya korang gi tengok cite ni...
Aku nak pesan... kalau nak tgk cite ni, kena pandai menilai plot atau babak2 yang ada... tengok pakai hati... sebab kalau tgk biasa2, korang tak feel... kalau tengok dengan feel, kalau korang pandai nilai scene2 dan dialog, korang akan menagis macam diaorg dalam panggung tadi... Aku? aku nangis dalam hati je tadi.

Assalamualaikum dari orang rock yang pergi tengok Nur Kasih.

1 comment:

Aku budak selayang said...

Aslmualaikum


Beroo...

tgk nurkasih kena dgn mata hati.
kalo buat taik mata mmg tk feel

tkda kata secantik bahasa. indahnya skrip dan jalan cerita nurkasih buat org yg tgk dgn mata hati rs mcm masuk dlm cite tu. bila tgk bahagia, rs bahagia. bila sedih, rs pn jd lain..

aku ngaku bergenang jugk airmata bila tgk. first time tgk wayg mata berkaca2 dr mula smpai abes..kehkehkeh~

bro, pesan pd kawan lu yg skrg hilang kesihatan tu. bgtahu dia, kita takan rs nikmat sihat kalo tk pernah sakit.

kita takan rs menghargai kalau tak pernah kehilangan

bersabar...bersabar...bersabar..!

dlm pd tu kena usaha dan kuatkan semangat jgn pasrah atau bahasa mudahnya 'redho' sebelum berjuang.

kawan dtg dan pergi
tapi sahabat akan stick together smpai bila2.

oh ye, lagi satu..
jgn ikut sgt Adam yg lemah bila diuji
ikutlah semgt Nuramina yg tak kenal erti putus asa dlm cinta dan kehidupannya.

yes, u have friends and family and u can always count on me, my bro