Thursday, January 20, 2011

betulkah kita redha?

Masa lepak minum dengan 2 org membe tadi, ada isu berbangkit. Kata membe aku ni, "kita kena redha, kita kena percaya pada jodoh"....buatkan aku berfikir... so aku pun menulis...

Pengalaman aku untuk menerima takdir dan nak mengaku redha tu buatkan aku terpanggil nak menulis  dalam penceritaan yang agak ringan dan berniat ikhlas...

Semua orang cakap, " aku redha apa yang terjadi, aku terima apa yang jadi, aku terima dengan ujian terhadap aku...bla..bla..bla..."
Ye betul...semua orang leh cakap redha...tapi kan...sebelum kita redha tu kan, kita akan melalui satu fasa yang aku panggil " perjalanan menerima keredhaan"

Aku bagi contoh kes seorang yang kena tipu atau dicurangi pasangan...( isu paling ringan yg boleh dibuat contoh)

Sarip Dol baru kantoikan tunang dia iaitu Cik Salmah berjalan berpegangan tangan kat MidValley dengan kawan rapat dia iaitu Abg Ramlee... Maka Sarip Dol putuskan kan lah pertunangan dgn Cik Salmah... Pada hari Sarip Dol putuskan tunangan tu, Sarip sedih sgt2... Sarip nangis... Sarip Dol hisap 20 btg rokok kat tepi jalan sambil termenung sorang2...
Time tu diam2 Sarip berkata dgn mulut dia... " aku redha Ya Allah dengan apa yang terjadi..."... (sambil jatuh air mata Sarip time tu)
Tapi korang nak tau tak apa yang hati dia cakap pada waktu yang sama?
 " Nape nasib aku camni... apa salah aku... aku dah sehabis baik jaga Cik Salmah... nape aku kena ujian camni..." kata hati Sarip Dol....
Nampak tak perbezaan mulut dan hati Sarip. Padahal mulut dan hati bercakap serentak time tu.
Pada zahirnya Sarip Dol cuba utk berlagak seolah2 dia redha, tapi pada masa yang sama, Sarip Dol tak dapat menerima kenyataan yang benda tu leh jadi kat dia... Mulut lain, hati lain....
Benda ni lah yang selalu jadi kat kita... Masa dalam proses menerima takdir dan mengaku redha dgn Kalam Allah, kita akan mempersoalkan sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi kat kita... kita manusia biasa...

Sebab tu kita nangis, sebab tu kita moody bila kena kat kita.... tapi dont worry, kalau hati kita kuat, kalau kita masih ada asas agama, kita akan redha gak lastly. Time heals bak kata orang putih!!! tapi kalau hati tak kuat, korang pikir lah sendiri.

Masa dalam fasa " perjalanan menuju keredhaan" ni lah yang akan menentukan apa yang akan kita buat lepas kita ditimpa musibah...ada yang jadi jahat, ada yang balas dendam, ada yang jadi baik, dan lagi teruk ada yang bunuh diri.

Jadi kalaulah ada musuh2, kawan2 atau sedara2 yang ditimpa musibah, dengan seikhlas hatinya rapatlah dgn dia time tu, tapi pastikan ikhlas, ikhlas dan ikhlas serta ikhlas!! Bagi dia nasihat yang rock2 skit. Make sure dia dah ok, baru kita slow2 lepas dia... Lepaskan dia bila kita rasa dia dah boleh terima kenyataan dan REDHA...


Sekian.... salam rock dari aku.
Assalamualaikum.

9 comments:

lumut said...

papehal meh aku nak jawab salam dulu..
waalaikummussalam..

betul ckp kau..nak smp tahap redha tu tak senang..aku slalu gak pesan kat kawan aku yg ckp "aku redha..."..then aku akn mencelah ckp...

"tak semudah tu...".mulut boleh ckp..tp utk smp thp redha..dan pasrah dengan ketentuan dan serahkan semuanya kat Allah x semudah sehari dua hari ..0r sejam dua......

perlukan masa...

perlukan semangat dan kekuatan juga sokongan orang sekeliling....

entry ni bawa aku kembali teringat sesuatu yang mengajar aku apa itu "fasa mengejar keredhaan"...

Aus Zack said...

betul tu lumut. hanya orang yang pernah dapat dugaan berat yang faham apa yang aku cakap ni. Anyway thanks.

Budak selayang said...

Bero, aku paling stuju bila mn kwn atau sape2 yg kita kenal berada dlm fasa perjalanan menuju redha, kita kne folo rapat dan pastikan dia tak tgelincir

bila dia dh lepas tempoh getir tu, lepaskn dia slow2 biar dia bwk haluan sndiri

"Life is a road trip not a final destination"

♥Fitnunnisak♥ said...

klu kita tk rasa ape2..rasa tak nak letak harapan langsung..2 boleh dikira redha jugak x???hehe

Aus Zack said...

cik yanna : kalau x rasa ape2, tu kira manusia xde perasaan.hehehehehehe.

norh said...

time heals.. dan berdoa banyak2 agar diberikan kekuatan..

Aus Zack said...

norh :
betul tu , time heals.
Once my father said : " how long is your long, how far is your far".
Kita kena yakin kita leh pulih, cuma kita yang xtau bila...tapi kita yang boleh tentukan masa untuk kita pulih...

Ahmad Mimpi said...

Aku pernah bercinta 5tahun. kawan baik aku yg kenalkn aku dgn dia. bila kitorag ade mslh, awek aku tu cari kawan aku konon nk mintk slow talk dgn aku. last2 masing2 dh faham perasaan n perangai, senang2 je awek cilake tu tggalkn aku.

5 tahun beb!
Membe sendiri lak tu buat taik!

Dulu bile aku teringat, aku menangis. Aku gaduh dgn org2 yg dtg pujuk aku.

5tahun punya sayang bukan boleh hilang macam tu je. aku cakap aku redho tapi aku mengaku aku tk redho sepenuhnya

dan kdg2 lpas kita redho tu, kita akan brubah. nasib la..jd baik atau buruk

yg cerdik akn jd orang yg lebih baik
yg bangang akn buat benda2 bodoh

e. indah said...

dua suara yang bersilang sama ...satu kata redha, satu tanya persoalkan 'kenapa?'....

faham rasa itu ...aku pernah di situ...dan mungkin masih dengan rasa itu ...