Thursday, December 23, 2010

Jangan gagal wahai orang yang bukan lelaki.

Melihat sikap keterbukaan gadis2 yang melepak di belakangku, buatkan aku terfikir. Aku fikir, aku fikir, aku fikir, tiba2 teringat, lantas mengkaji, then memory refreshed.
Mengambil kisah dari beberapa rakan2 terdekat dan orang2 di sekeliling yang berkait, aku bercerita.

Begini ceritanya...

Wahai anak2 perempuan yang comel, yang buat aku tersenyum girang...
Belajarlah kamu dari anak2 lagi untuk bersolat, bersopan santun dan menjadi anak2 gadis yang bijak satu hari nanti. Seandainya2 teman2 sepermainanmu sudah pandai menyebut "babi engkau", "bodoh" dan sebagainya, janganlah kamu ikut, tetapi bencilah... tapi jangan dibuang kawan itu. Belajarlah memakai tudung sebagai disiplin diri sebab satu hari nanti bila kamu sudah datang haid yang pertama, kamu akan mula berkeinginan menjadi tontonan umum. Belajarlah menyekat keinginan itu. Mainlah kamu sepuasnya ketika mulut kamu masih pelat dalam menutur kata dan berbicara. Sebab nanti bila kamu dah remaja, banyak benda kamu tak dapat nak main. Belajarlah untuk jadi malu dari kecil lagi, sebab ketika remaja, kalau kamu tak tahu malu, ramai lelaki yang mahukan kemaluan kamu. Selalulah senyum pada orang2 dewasa ketika kamu kecil, sebab senyuman anak2 kecil itu penenang jiwa kami orang2 dewasa. Dan bersedialah kamu...untuk ke perenggan seterusnya...

Wahai anak2 gadis remaja yang aku suka tengok gelagat, keriangan, dan kecantikan kamu semua...
Bersopan lah kamu di hadapan orang tua.. Senyumlah..bercakaplah dalam nada yang lembut dengan orang tua.. seganas mana kamu dengan kawan2 kamu, sesosial mana pun aliran muzik kamu, lembutlah, lembutlah hatimu wahai gadis2.. Berhati hatilah dengan pujukan rayu seorang lelaki, pilihlah boyfriend yang sejati, yang mana walau tiada harta dan rupa, tapi mampu menenangkan jiwa kamu.. Bergaullah dengan semua orang dalam keadaan yang berbatas sebab pergaulan dapat membuat kamu tahu mana kurap dan yang mana bekam. Jadilah gadis yang bijak dalam melontarkan senyuman, yang harga dirinya terlalu mahal untuk diletak " price tag". Belajarlah dari kesilapan kawan2 mu yang gagal, dari saudara2 mu yang gagal, dari orang2 yang lebih tua... sebab satu hari nanti kamu pasti akan berada di perenggan seterusnya..

Wahai isteri2 yang selalu letih dengan kerenah suami yang macam2.....
Taatilah suami kamu..seandainya pernah terdetik di hati kamu "kalaulah aku kawin dengan ex aku dulu, mesti tak camni" atau "hensemnya lelaki tu'...maka muhasabah la kembali diri kamu... pohonlah pada Nya untuk sucikan jiwa kamu sebagai isteri.. Fahamilah hati suami kamu, turutilah kehendak suami2 kamu. Bersopan lah dengan mertua2 kamu. Berkorbanlah untuk suamimu. Setinggi mana jawatan kamu di ofis, sehebat mana dress up kamu ketika meeting, ingatlah, kamu isteri orang.... tubuhmu hanya untuk suami kamu.. janganlah kamu terawang2 dengan lelaki yang bukan suami kamu.. ingatlah...ingatlah wahai isteri2.. sebab satu hari nanti kamu akan jadi ibu untuk anak2 suami kamu macam yang akan kamu baca seterusnya nanti...

Ya ummi, oh my mama, ibbbuuuuuu... mak...amma..
Didiklah anak2mu dengan jiwa2 murni, menghormati org lain.. jangan pertahankan kesalahan anak2mu tapi marahilah mereka dengan niat dan doa... Jadikan anak2mu antara anak2 bijak dan genius!!!! ajarlah mereka mempertahankan agama dan maruah. Ajarlah mereka menjadi imam utuk menyembahyangkan mayatmu nanti. Ajarlah mereka yang dunia bukan seindah bintang2, bukan seindah drama2. Jangan membenci anak2mu ketika mereka nakal, ketika mereka gagal dalam peperiksaan. Ajarlah2 anak2 lelaki mu menghormati wanita. Ajarlah anak2 perempuan mu untuk mentaati suami dan mertua. Sebab kamu dah pernah merasa jadi anak2 kecil, kamu dah pernah merasa jadi gadis remaja, pernah mengeluh pada suamimu dan suatu hari nanti, anak2 mu inilah yang akan mendoakan kamu ketika kamu berseorangan di dalm kubur nanti...


Mak, ampunkan Aus atas dosa2 Aus pada mak selama ni.. mak tak dapat baca ni sebab mak tak tau bukak internet, tapi Aus tetap nak bagitau mak jugak yang Aus tak pernah berhenti doakan mak dan abah..

Salam kasih sayang dari orang yang gagal...Aku bukan orang yang baik.

8 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Jika ada keinsafan & kesedaran, insya Allah ada keberkatan.
Sebagai sokongan moral, Kak G [auntie ke? :)] dah follow balik.

Aus Zack said...

insyaAllah KAK G. Thank you. sy follow kak G, nak tgk resipi makan ari2.

lumut said...

sumpah aku terharu dengan entry ni...serious dowhhhh..huuuu

lumut said...

1 more....jgn ckp diri kau bukan org yg baik..
tp ckp diri kau bukan sempurna..

sbb sume org x sempurna...

kau tau once kau dah tulis mcm ni..pikir mcm ni.....dah tunjuk yg kau masih ade benda baik dlm diri kau...kau masih ade usaha utk sampaikan benda baik kt org lain...

n then u should proud of it..
x kesah lah ade org bace ke tak..
yg penting hati kau baik tergerak utk buat benda baik...

=)

Aus Zack said...

speechless. ye lumut, aku akan buat baik untuk agama bangsa dan negara. cewahhhh. thanks lumut.

lumut said...

gud .=)

ijam said...

nice entry bro. jap tgh print nk buat flyer.

yusuf mujahidin ™ said...

belum terlambt selagi terdetik dlm diri masih mahu melihat kebaikan