Tuesday, January 4, 2011

Permulaan kegagalan - PART TWO - From the occupation view

sambungan dari part one....

Lepas 3 bulan aku kerja kat tempat yg aku kena tipu tu, aku menganggur jap.
Then aku dapat lak keje kat sebuah kota. Aku namakan kota tu sebagai kota Baghdad. Company yg aku keja tu lak aku namakan sebagai " Syarikat Untung Rugi Sdn Bhd".
Maka bermulalah episod aku sebagai supervisor yang paling muda kat company baru aku tu.
Aku supervise production assembly. Operator aku semuanya melayu. Ada la dalam lebih kurang 80 operator. Banyak gak operator yang dah berumur di bawah jagaan aku.


Mula2 aku keje ok je. Disiplin ok. Aku lak supervisor yang disukai sebab supervisor yang tak tau nak marah orang dan boleh ganti buat keje2 operator kalau diaorg berpura2 buat sakit senggugut.
Operator aku masa tu pun ok2 gak walau dah berumur, diorang hari2 beli goreng pisang dan kuih2 kalau time waktu petang. Aku ingat lagi, Kak Senah dan Kak Mala. Semua best!!!!
" Kalau ko kawin nanti, kau jangan lupa panggil kitaorg semua. Aku teringin sangat nak tengok ko kawin. Aku teringin sangat nak tengok hidup ko terurus" kata Kak Mala dalam nada serius
Sorry Kak Senah dan Kak Mala, saya belum kawin lagi, jadi tak dapat nak tunaikan permintaan Kak Senah dan Kak Mala nak attend kawin saya.
Manager aku lak suka aku sebab aku rajin. Pernah sekali waktu lunch, manager aku ni puji pasal aku. Kembang aku time tu.
" You are talented. Kau bagus" kata manager aku tu. 


Then after few months aku dah buat perangai. Masa tu muda, tak fikir sgt future2 ni. Masuk keje memanjang je lewat. Kadang2 tak g keje.  Then dapat warning dari HR.
" awak ni kenapa macam ni, keje bagus, tapi disiplin hancur." kata mamat HR tu kat aku.
" sampai bila kau nak macam ni? Boleh hancur masa depan kau kalau kau asyik macam ni." kata manager aku.
Pernah sekali aku tak datang keje 3 hari, HR dah keluarkan surat buang aku, tapi hari ke 4 aku tiba2 muncul kat  " Syarikat Untung Rugi Sdn Bhd" tu, buat muka tak bersalah. Sampai geleng kepala mamat HR tu.
Company bagi second chance kat aku.

Then bila aku still buat perangai, aku dapat surat diberhentikan keje... memang aku dah agak akan dapat surat tu sebab pastu 6 hari direct aku tak g keje... surat sampai kat umah akak aku....
Maka aku terpaksa menahan bebelan kakak aku dan kekecewaan abah aku... Aku taktau macamana nak menghadap mak abah time tu...

Pastu aku menganggur lagi.. hari2 lepak kat umah membe aku kat Kota Baghdad tu.. lepak main YM masa tu, masa aku menganggur....


Nampak tak kesilapan aku? masa tu aku muda  tak fikir panjang. Dan aku tak ambik iktibar dari pengajaran kisah pertama aku. Bila fikir2 balik. aku rasa bodoh sangat.. Tapi benda dah jadi kan? takleh tarik balik, takleh nak ulang balik masa lalu kan? kan? 
Janganlah gagal macam aku wahai budak2 yang baru nak up kat luar sana tu. 
Kalau korang tak buat macam aku, korang takkan gagal macamana yang aku gagal skang ni. 
Trust me bro and sis!! Agak2 kalau aku stay aku dah manager level skang ni kot. 
So jangan pilih jalan hitam. Supaya nanti bila korang dah besar skit, korang takyah la letih2 buat blog macam aku ni untuk nasihat orang lain. 


Tunggu part 3 dari aku. Part 3 lebih best skit sebab that on that time aku betul survive macam orang susah. 
Sekian, aku nak g baca blog2 orang lain yang best lak. Assalamualaikum! peace!

8 comments:

Ahmad Mimpi said...

mistakes to be shared and learned

yusuf mujahidin ™ said...

cepatlah part 3

lumut said...

sama cm yusuf...cptlah part 3...............................uhuu

kau nak tau ade 2 jenis manusia yang kau kene kenal dlm dunia ni...

1.manusia yg gagal dan seterusnya gagal sbb x amik iktibar dgn kegagalan yg lalu...

2.manusia yg gagal..tp bangun utk tidak gagal di hari kemudian....

bila fikir balik..kita selalu akan ckp "ade hikmah" kalau kita gagal ke..sedih ke...tp tanpa kita sedar...hikmah yg kita sebut2 kan tu x kan wujud kalau kite stay utk berada dalam kelompok gagal....

aku x sabar nak tggu part 3...
dan kau nak tau...

aku snanye tak sabar nak tau...kau jadi ape skrg ni dr kisah lalu kau..

thanks bro sudi share.....

http://www.youtube.com/watch?v=LqWGfmQaKNg

tc.=)

lumut said...

by the way,
aku baca komen2 kat entry lepas then aku dapat tau yanggggggggggggg...

ohhhh...kau ngan yusuf ni kawan baikkkkkk keeee..isskkk..

segan lah mcm ni.

sbb yusuf tu hebat.

♥Fitnunnisak♥ said...

ha'ah la.. pe jadi ngn kau skrg?? masih adal kegagalan lg lps part 2 ni?

Aus Zack said...

Mimpi Basah
Betul tu bro, belajarlah dari kesilapan aku ni supaya kau tak tergolong dalam blogger2 yang gagal. Rock!!!

Aus Zack said...

Lumut / Yusuf Mujahidin
Nanti la, aku tengah karang part 3, part 3 panjang skit... paling challenging..

Lumut,
Aku harap sangant aku ni tergolong dalam orang yang gagal di belakang, bangkit di tengah dan berjaya di hadapan.. tapi aku tetap rock !!!
Yusuf tu memang hebat, tapi pemalu!!

Aus Zack said...

Cik Yanna gadis melayu sopan,
nanti kau follow entri2 aku ok, kau akan tengok perjalanan hidup aku. nanti kau akan nilai sendiri samaada aku masih gagal, belum gagal, ataupun akan gagal.