Wednesday, May 18, 2011

Nur Kasih The Movie - from my point of view

assalamualaikum... lama aku tak muncul...

Setelah gi tengok Kongsi dengan beberapa ahli kongsi gelap dan tidak berpuas hati dgn cite "Kongsi", ahli2 kongsi gelap tersebut ajak aku layan satu movie......

tadi aku gi tengok cite nur kasih... waktu tayangan, 11.40, 18/5/2011 kat times square...kitaorg antara yang pertama tgk semenjak ditayangkan tadi... cite ni agak best bagi aku.. bagi aku la...bagi korang xtau la... sebab apa best? nnt aku cite kat bawah...aku akan cite according to scenes/babak/plot dan dari pandangan aku sendiri.  

Aidil kematian isteri tercinta....
Aidil baru kematian isterinya yang amat disayangi... dimulakan dengan bacaan surah Yassin yang dibaca dalam keadaan sebak... Anaknya Iskandar dan Mariam yang masih kecil baru kehilangan ibunda yang dikasihi.. Aidil masih cool lagi depan orang...malam tu anak gadis nya yang masih kecil cakap
"malam ni Mariam tido dengan Maksu tau"....
then datang pulak anak lelaki sulungnya yang masih jugak kecil dan berkata...     " Iskandar tido dengan Tok Wan malam ni... ayah tido dengan sape? kalau ayah nak Iskandar teman, Iskandar boleh tido dengan ayah.." 
Aidil dengan nada yang cool cakap "ayah tido dengan buku2 ayah malam ni, Is pergi la tido dengan Tok Wan, sian Tok Wan tunggu..."
then bila anak2 dia dah pergi...maka muncullah satu babak dimana Aidil refresh balik memori arwah isternya tlg simpankan baju dia dalam almari... agak menyedihkan... lepas tu Aidil menangis meraung sorang2 dalam bilik sampai terduduk depan almari tu sambil pegang baju arwah isterinya... nampak tak apa yang scene ni cuba cerita kat kita?
Lelaki... untuk pengetahuan org perempuan di luar sana... lelaki juga menangis meraung bila kehilangan orang tersayang... tambahan pula isteri tercinta atau kekasih yang disayangi... lelaki juga bersedih... tetapi bila bersedih jarang ditunjukkan depan orang... tapi bila bersendirian, lelaki jugak mampu menangis... malahan lagi teruk dari tangisan perempuan... kesedihan Aidil sungguh tak dapat dibayangkan... hanya orang yang pernah kehilangan teman hidup yang mengerti perasaan Aidil.. Aidil... aku paham apa yang kau rasa time tu...

Anak2 Aidil
Anaknya yang sulung menunjukkan kematangan yang melebihi usianya dalam menghadapi kematian ibunya.. dengan ekspresi sedih, anaknya cuba bercerita melalui matanya yang dia amat2 merasai kehilangan ibunya dan ingin berkongsi rasa sedih dengan ayahnya... Sebagai anak sulung dia seolah2 cuba menunjukkan melalui matanya yang dia akan menjaga adiknya yang tak mengerti apa2... ada satu scene yang Mariam, adik kecilnya cakap kat Paksu nya. " Nasib baik Paksu tak sakit banyak, kalau tak dah meninggal macam ibu"....
then Iskandar bertempik nama Mariam dan berlari keluar termenung duk depan umah... Untuk pengetahuan korang, memang ada budak2 yang matang dari usianya, yang mengerti kehilangan orang tersayang... mungkin ada yang akan cakap budak2 mana la tau sangat benda2 ni... tapi sebenarnya ada budak2 yang dikurniakan akal untuk mengerti rasa kehilangan...

Engkau ambillah apa sahaja, tapi jangan engkau ambil Nur Amanina
Bila keretapi eksiden, Adam tercari2 Nur... tapi bila jumpa Nur, Adam tengok Nur tak bermaya, takde respon.. Adam peluk Nur and nangis, then dia gi kat kawasan lapang then berdoa " Ya Allah, Engkau ambillah apa sahaja, tapi janganlah engkau ambil Nur Amanina, janganlah Engkau ambil nyawanya... "
Maka doa nya pun termakbul...
Dia tak kehilangan Nur Amanina... Dan lagi satu doa dia termakbul iaitu.."boleh ambil apa sahaja"....
Dia kehilangan sesuatu.. Kehilangan kesihatan...
Benda macamni memang ada berlaku dalam kehidupan kita... sometimes kita tak hilang orang yang kita sayang, tapi hilang apa yang patut kita tak hilang... tapi baru2 ni aku ada kenal sorang laki yang hilang kedua2 nya sekali... dia pernah hilang orang yang dia sayang and now dia hilang kesihatan... Kesian dia... kesian dia... dan apa yang aku tau... dia tengah tabah berlakon seolah2 takde apa2 yang berlaku dalam hidup dia... Keep it up bro. You have family and friends.

Kesedihan suami isteri yang keguguran anak yang dinanti2 kan sebagai ikatan kasih sayang
Adam dan Nur were so happy untuk menantikan ketibaan org baru. Adam berusaha gigih menbuat kerja2 rumah yang selama ini dibuat oleh isteri tercinta...Dia tak bagi Nur buat keje2 berat... Suddenly, keguguran...Nur sedih sgt.. Adam pun nangis..
Sian diaorg...menunggu dengan penuh excited, tapi lain lak yang jadi... itulah ujian yang kita akan hadapi... bak kat Mak Adam dalam satu scene... " kita tak tau apa yang Allah tentukan untuk kita, kita hanya perlu bersedia.." betul kata mak Adam tu... bersedialah kita... bak kata kawan aku : good things dont last forever".
Bila aku tengok diaorang sedih, teringat kat akak aku... Bila dia kematian anak keduanya selepas 3 hari dilahirkan, aku ingat lagi kesedihan dia...
Sharifah Nur Mardhiah... nak tau tak? Pak uda dulu tunggu la bila Mardhiah nak lahir... 9 bulan tau Pak Uda tunggu...hari2 Pak Uda imagine macamna la muka Mardhiah bila lahir nnt.. Masa tu Pak Uda tinggal dengan Umi dan Abi Mardhiah... masa tu Pak Uda selalu main2 dengan akak sulung Mardhiah iaitu Marsha..selalu Pak Uda cakap kat Marsha, yang dia akan dapat adik...then bila Mardhia lahir, masa tu Pak Uda ada kat kampung, tak sempat lagi nak tengok...tapi 3 hari lepas Mardhiah lahir, Abi Mardhiah call Pak Uda, dia cakap Mardhiah dah takde... bila Pak Uda balik KL tgk Mardhiah..Pak Uda nangis... muka Mardhiah sebijik macam akak Marsya.. Pak Uda ada kiss dahi Mardhiah sebelum diaorg kebumikan Mardhiah... Mardiah doakan Umi dan Abi tau...

Kalau asyik nak ajar orang2 yang gi masjid je, sape lak yang nak ajar budak2 macamtu?
Marah betul Adam dengan ustaz tu. Boleh ke dia cancel mengajar sebab dia tgk budak2 perempuan tak tutup aurat, budak laki duduk tak sopan, bergaul dalam satu kelas. Ish... marah betul aku dgn ustaz tu... Betul la kata Adam, asyik nak mengajar org2 masjid je, budak2 mcm ni sape yang nak betulkan?
Bagi aku la.. budak2 yang macam ni lah yang kita patut lagi dekat... approach dengan cara yang betul... cuba ikut rentak diaorg... Aku pun boleh kira tergolong dalam golongan budak2 tu.. dan aku tau yang kalau kena dengan caranya kitaorg masih boleh dibentuk... Takkan yang jahat nak dibiarkan bertambah jahat... ni kdg2 aku tgk budak2 baik siap langsung taknak kawan dengan budak2 jahat.
Kita kan kena berdakwah sesama sendiri.. so jangan pilih bulu... Kita kena salahkan diri kita kalau yang jahat bertambah jahat sebab kita tak tarik diorang keluar...
dalam cite ni, Lastly Mamat yang nampak macam " terjal" tu jugak la yang derma organ kat "bro" dia iaitu Adam...
Dalam banyak bergaul dengan budak2 jahat, aku mengerti something la... budak2 jahat biasanya suka tolong kawan2 dan tak kisah berkorban... kawan2 yang kategori baik ni kadang2 berkira skit...

Note : kalau korang nak tau, kelas yang macam Adam mengajar tu memang wujud kat KL ni... untuk anak2 terbiar...


Percintaan
Hebatnya cinta suami isteri, Adam sanggup meredah balik tempat kejadian untuk dapatkan balik cincin. Nur sanggup jaga suami dia yang sakit sedangkan perbelanjaan perubatan dah cecah puluhan ribu, sedangkan ada masalah kewangan.
Betapa tersentuh dan sedihnya Adam tgk wife dia berkorban macamtu...Dah la mengandung.. Adam cakap dah ready untuk "pergi" sedangkan Nur masih nak suami dia berada disampingnya.. Bila dah dapat satu projek yang leh buat duit pulak, projek tu bersangkut dgn maksiat.. Nur sanggup tolak sebab dia tau tak berkat duit tu kalau dia buat projek tu walaupun hakikatnya dia amat2 perlukan duit untuk rawatan Adam...
Ada satu scene tu pulak ada mak Adam selak balik gambar2 lama arwah ayah Adam Dan Aidil.. masih sayangkan dan teringat arwah suaminya walau telah lama tiada..
Nur sampai ke tua masih CINTAKAN suami dia...sampai tua... sampai tua...
kasih sayang macamni la yang kita nak dalam kehidupan suami isteri.. Ish... teringin lak aku nak kawin ni.. ish...

-----------------------------------------------------------------------------
dah la. aku tak larat nak taip lagi dah... Memang ada lagi dua tiga perenggan yang aku nak cite, tapi standard aku la, pemalas....banyak lagi part2 yang best dalam cite ni.. aku saje nak kasi panas line supaya korang gi tengok cite ni...
Aku nak pesan... kalau nak tgk cite ni, kena pandai menilai plot atau babak2 yang ada... tengok pakai hati... sebab kalau tgk biasa2, korang tak feel... kalau tengok dengan feel, kalau korang pandai nilai scene2 dan dialog, korang akan menagis macam diaorg dalam panggung tadi... Aku? aku nangis dalam hati je tadi.

Assalamualaikum dari orang rock yang pergi tengok Nur Kasih.

Wednesday, April 13, 2011

sepi tanpa berita.

saudara2, sahabat2....
nanti lepas gua dinner Jumaat ni (15/4/2011) , lepas gua pakai handsome2 masa dinner tu, gua akan mula kembali update blog gua yang tak seberapa ni....

Asslamualaikum. Peace.. Rock!!!

Note : Jumaat nanti gua tak jadi rock, gua jadi kacak giler.

Thursday, January 20, 2011

betulkah kita redha?

Masa lepak minum dengan 2 org membe tadi, ada isu berbangkit. Kata membe aku ni, "kita kena redha, kita kena percaya pada jodoh"....buatkan aku berfikir... so aku pun menulis...

Pengalaman aku untuk menerima takdir dan nak mengaku redha tu buatkan aku terpanggil nak menulis  dalam penceritaan yang agak ringan dan berniat ikhlas...

Semua orang cakap, " aku redha apa yang terjadi, aku terima apa yang jadi, aku terima dengan ujian terhadap aku...bla..bla..bla..."
Ye betul...semua orang leh cakap redha...tapi kan...sebelum kita redha tu kan, kita akan melalui satu fasa yang aku panggil " perjalanan menerima keredhaan"

Aku bagi contoh kes seorang yang kena tipu atau dicurangi pasangan...( isu paling ringan yg boleh dibuat contoh)

Sarip Dol baru kantoikan tunang dia iaitu Cik Salmah berjalan berpegangan tangan kat MidValley dengan kawan rapat dia iaitu Abg Ramlee... Maka Sarip Dol putuskan kan lah pertunangan dgn Cik Salmah... Pada hari Sarip Dol putuskan tunangan tu, Sarip sedih sgt2... Sarip nangis... Sarip Dol hisap 20 btg rokok kat tepi jalan sambil termenung sorang2...
Time tu diam2 Sarip berkata dgn mulut dia... " aku redha Ya Allah dengan apa yang terjadi..."... (sambil jatuh air mata Sarip time tu)
Tapi korang nak tau tak apa yang hati dia cakap pada waktu yang sama?
 " Nape nasib aku camni... apa salah aku... aku dah sehabis baik jaga Cik Salmah... nape aku kena ujian camni..." kata hati Sarip Dol....
Nampak tak perbezaan mulut dan hati Sarip. Padahal mulut dan hati bercakap serentak time tu.
Pada zahirnya Sarip Dol cuba utk berlagak seolah2 dia redha, tapi pada masa yang sama, Sarip Dol tak dapat menerima kenyataan yang benda tu leh jadi kat dia... Mulut lain, hati lain....
Benda ni lah yang selalu jadi kat kita... Masa dalam proses menerima takdir dan mengaku redha dgn Kalam Allah, kita akan mempersoalkan sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi kat kita... kita manusia biasa...

Sebab tu kita nangis, sebab tu kita moody bila kena kat kita.... tapi dont worry, kalau hati kita kuat, kalau kita masih ada asas agama, kita akan redha gak lastly. Time heals bak kata orang putih!!! tapi kalau hati tak kuat, korang pikir lah sendiri.

Masa dalam fasa " perjalanan menuju keredhaan" ni lah yang akan menentukan apa yang akan kita buat lepas kita ditimpa musibah...ada yang jadi jahat, ada yang balas dendam, ada yang jadi baik, dan lagi teruk ada yang bunuh diri.

Jadi kalaulah ada musuh2, kawan2 atau sedara2 yang ditimpa musibah, dengan seikhlas hatinya rapatlah dgn dia time tu, tapi pastikan ikhlas, ikhlas dan ikhlas serta ikhlas!! Bagi dia nasihat yang rock2 skit. Make sure dia dah ok, baru kita slow2 lepas dia... Lepaskan dia bila kita rasa dia dah boleh terima kenyataan dan REDHA...


Sekian.... salam rock dari aku.
Assalamualaikum.

Tuesday, January 11, 2011

Permulaan kegagalan - PART 3 - From the occupation view

Sambungan dari part 2...
Cerita part 3 ni panjang skit la... aku takut korang bosan lak baca.. tapi takpe, kalau korang bosan, aku leh baca sendiri sebab aku tulis untuk ingatkan diri aku je...Tapi aku tetap suggest untuk korang baca slow2 sampai habis k...

Ceritanya macam ni....
Setelah aku menganggur for few months, makan tak tentu hala, tidur tak tentu hala dan mengambil upah untuk tandakan kertas2 kerja sekolah kakak aku, aku pun ambil keputusan untuk lari ke negeri " Pearl of the Orient"...

Masa tu kat sana dah ada kawan2 aku... Kirinto, Usin Gemok dan Azad...
Kirinto dan Usin Gemok graduate USM sementara Azad masa tu baru join AADK.( Agensi Anti Dadah Kebangsaan). Kitaorg menyewa kat sebuah rumah ni...
Start life aku kat sana, aku menganggur gak, langsung tak buat keje apa...
Then lama kelamaan aku dapat satu job.......
Menjual Jeruk dan Asam kat satu kedai ni... So the story begins...

Hari2 pegi keje naik bas... tunggu bas kat bawah tu... then balut rokok daun sebatang masa nak tunggu bas...
Dalam pukul 9.30 akan sampai kedai, tolong bukak kedai... Hari2 aku buat keje ni... gaji sehari RM30...
Kadang2 kalau lapar tengahari, makan jeruk dan asam untuk lapik perut... masa tu aku, Kirinto dan UsinGemok keje kat situ... itulah keja kitaorg hari2 kat situ... Kadang2 nasib baik kami dapat makan Nasi Kandaq lauk ayam piru ( ayam belanda)... ada satu hamba Allah yang selalu belanja kitaorg makan... Ya Allah, Kau majukanlah perniagaan hamba Mu yang aku maksudkan ni... baik sungguh dia walaupun dia kaki isap ganja..
Skang ni hamba Allah yang selalu belanja kitaorg ni dah rajin muka dia masuk dalam paper. cayalah!!!

 Kadang2 ada perasaan malu bila aku jumpa kawan2 sekolah datang beli jeruk kat aku... Diaorg takde la kutuk apa2 pun, tapi aku sendiri yang rasa malu dan rasa rendah diri sangat masa tu...Lagi bertambahlah malu aku bila jumpa saudara mara atau kawan2 parent aku... kadang tak tau nak cakap apa bila diaorg tengok aku masa tu.. but it's ok.. I still can survive then...

Aku jadi mahir menimbang jeruk dan asam time tu, salah satu skill yang dapat aku belajar... aku hari2 balik keje dalam pukul 9.30mlm... balik naik bas... sebelum balik kitaorg akan passing duit jualan kat tauke kedai..iaitu " abang Jin mata satu"... mata dia sepet sebelah... then dia akan bagi gaji harian la kat kitaorg...
Duit gaji harian tu la yang kitaorg survive hari2...

Then balik rumah kitaorg akan singgah beli perencah nasi goreng, telor, tomato dan cili padi untuk buat nasi goreng...
Aku ditugaskan untuk buat air asam sebagai lauk untuk nasi goreng tu... Kitaorg makan sama hari2...
Dan itulah makanan kitaorg setiap hari selama setahun... Lepas makan benda wajib yang dibuat adalah balut rokok daun... Tak mampu beli rokok kotak masa tu...
Kadang2 kalau kitaorg bosan, kitaorg korban skit duit utk makan kat kedai "abe tomyam" kat bawah tu...
Tapi kitaorg hari2 happy... walaupun kadang2 ada gak mengeluh.." sampai bila kita nak camni...."... tapi kitaorg hari2 bergelak ketawa..
Masa tu kitaorg ada gak menyimpan skit2, kadang2 hilangkan boring g pusing jalan2 satu town.. naik keta buruk ayah Kirinto... selalu problem keta tu. tapi sampai skang ada lagi keta tu...
Lama kelamaan Kirinto dan Usin Gemok plan nak bukak satu business sendiri... bermula dgn sedikit pinjaman dari "abg Jin mata satu" dan sedikit duit sendiri, diaorg renovate satu lot kedai...
Maka bermulalah perniagaan BUNDLE diaorg masa tu... aku tak jadi shareholder dalam business ni sebab aku taktau macamana nak business dan takde duit nak invest... so aku tumpang2 la jadi macai kadang2.

Perniagaan bermula dgn agak tidak memberangsangkan...Pembeli kurang...
Kitaorg bergilir jaga kedai tu dan dalam masa yang sama dua org dari kami bertiga akan bekerja di kedai jeruk tu untuk cover perbelanjaan harian... sorang akan cover kedai bundle...
Hari demi hari, kitaorg tetap makan nasi goreng kosong setiap hari... hutang bertambah, sewa kedai tak mampu bayar sebab duit tak dapat nak rolling disebabkan takde pembeli masa tu...
Maka satu alternatif lain diperlukan... PASAR MALAM!!!!!

Maka jadual harian kitaorg pun berubah....
9.30 pagi
- berpeluh2 bukak kedai jeruk. Then g bukak kedai bundle lak. Sorang akan jaga kedai bundle.

 10.00 pagi hingga 5 petang
 - melayan customer yang nak beli jeruk dan sorang akan mengantuk tunggu customer sebab takde orang datang beli baju bundle. Ngantok beb kalau tunggu lama2 tapi takde orang beli!!!

 5.00 petang
- kemas barang2 dalam kedai bundle, bungkus dalam guni, angkat, dan letak dalam keta. Lokasi : Pasar malam sekitar " Pearl of the Orient"... ni tugas orang yang jaga kedai bundle dan akan disupport oleh salah sorang yang jaga kedai jeruk... Berat wei kalau angkat barang2 bundle dalam kedai tu.. berat sgt... berat...

 6.00 petang
 - punggah barang2 bundle, letak kat pasar malam... susun elok2, then jerit : " kasut!kasut!kasut! baju murah!! priority kitaorg adalah kasut sebab kitaorg mmg minat kasut.. malu woo masa mula2 nak buat camtu... satu pengalaman yang aku takkan lupa... takkan lupa....

 6.00 petang - 10.00 mlm
 - kemas barang2, letak dalam guni, angkat, dan susun balik kat kedai bundle..

 11.00 malam
 - balik rumah. letih, masak nasi goreng, hisap rokok daun, kira hasil jualan dan baca paper..
membaca paper adalah hiburan terhebat yang mampu kitaorg buat masa tu...

Ada gak sekali dua kitaorg g karaoke murah utk melepas gian. Lagu yang paling aku ingat, yang paling best nyanyi ramai2 sambil joget2, sambil peluk antara satu sama lain adalah " ikhlas tapi jauh"...lagu tu mmg style..
antara lirik dalam lagu tu " we are so young and free... full of desire...."

Masa bulan puasa kitaorg buat satu lagi business tambahan, jual kuih raya... Kitaorg g amik kuih raya kat Perlis...  sebulan kitaorg berniaga.. kuih raya antara business yang agak ok walaupun pendapatan sederhana...
Setelah sebulan berniaga kuih, tiba masa untuk balik raya.. aku ingat lagi time tu... aku tempah dua hand beg hand made untuk kanak2 yang siap dengan manik2 untuk aku hadiahkan kat dua orang anak saudara aku yang comel tu... satu pink, satu purple.. cantik sgt beg tu, aku tempah kat kedai sebelah tempat kitaorg jual kuih raya tu...
Bila tiba hari raya tahun tu... aku hadiahkan kat Marsya dan Adrianna beg tu... suka sgt diaorg... dan aku bagi RM50 kat mak aku sebagai duit raya dan tinggal RM100 dalam poket aku sebagai duit untuk beraya tahun tu...
Masa raya tu aku cium tangan mak abah dan peluk diaorg, memang banyak turun airmata aku time tu...
Dalam hati aku masa tu berkata " satu hari bila Aus senang, Aus bagi mak abah duit banyak2 ok, Aus bagi mak abah senang ok. Aus bagi duit untuk mak abah g Haji ok"....lagi banyak la air mata aku masa aku masuk bilik lepas salam mak abah aku pada pagi raya tu...

Begitulah sedikit sebanyak kisah2 aku dalam part 3 ni...

Setelah lama kitaorg buat benda yang sama hari2, setelah kedai bundle tak laku dan sewa kedai dan rumah tak mampu bayar, kitaorg terpaksa ubah haluan...
Dan kitoarg jugak tak mampu tahan dengan hidup yang agak mencabar time tu walaupun kitaorg rock!!!

Kitaorg gagal dalam business bundle sebab tak buat research yang budak2 " Pearl of the Orient" memang tak layan bundle sebenarnya... silap tempat...duit tak dapat nak rolling beli barang baru...

Then kitaorg split, bawak haluan masing2.... then aku ke Johor Bahru!!!!!!!!!!!

Part 4 nanti, aku akan ceritakan kebangkitan aku, tapi still berakhir dengan kegagalan... kat JB tu aku gagal sebab hadirnya seorang gadis........ see you in part 4....

Assalamualaikum....

Tuesday, January 4, 2011

Permulaan kegagalan - PART TWO - From the occupation view

sambungan dari part one....

Lepas 3 bulan aku kerja kat tempat yg aku kena tipu tu, aku menganggur jap.
Then aku dapat lak keje kat sebuah kota. Aku namakan kota tu sebagai kota Baghdad. Company yg aku keja tu lak aku namakan sebagai " Syarikat Untung Rugi Sdn Bhd".
Maka bermulalah episod aku sebagai supervisor yang paling muda kat company baru aku tu.
Aku supervise production assembly. Operator aku semuanya melayu. Ada la dalam lebih kurang 80 operator. Banyak gak operator yang dah berumur di bawah jagaan aku.


Mula2 aku keje ok je. Disiplin ok. Aku lak supervisor yang disukai sebab supervisor yang tak tau nak marah orang dan boleh ganti buat keje2 operator kalau diaorg berpura2 buat sakit senggugut.
Operator aku masa tu pun ok2 gak walau dah berumur, diorang hari2 beli goreng pisang dan kuih2 kalau time waktu petang. Aku ingat lagi, Kak Senah dan Kak Mala. Semua best!!!!
" Kalau ko kawin nanti, kau jangan lupa panggil kitaorg semua. Aku teringin sangat nak tengok ko kawin. Aku teringin sangat nak tengok hidup ko terurus" kata Kak Mala dalam nada serius
Sorry Kak Senah dan Kak Mala, saya belum kawin lagi, jadi tak dapat nak tunaikan permintaan Kak Senah dan Kak Mala nak attend kawin saya.
Manager aku lak suka aku sebab aku rajin. Pernah sekali waktu lunch, manager aku ni puji pasal aku. Kembang aku time tu.
" You are talented. Kau bagus" kata manager aku tu. 


Then after few months aku dah buat perangai. Masa tu muda, tak fikir sgt future2 ni. Masuk keje memanjang je lewat. Kadang2 tak g keje.  Then dapat warning dari HR.
" awak ni kenapa macam ni, keje bagus, tapi disiplin hancur." kata mamat HR tu kat aku.
" sampai bila kau nak macam ni? Boleh hancur masa depan kau kalau kau asyik macam ni." kata manager aku.
Pernah sekali aku tak datang keje 3 hari, HR dah keluarkan surat buang aku, tapi hari ke 4 aku tiba2 muncul kat  " Syarikat Untung Rugi Sdn Bhd" tu, buat muka tak bersalah. Sampai geleng kepala mamat HR tu.
Company bagi second chance kat aku.

Then bila aku still buat perangai, aku dapat surat diberhentikan keje... memang aku dah agak akan dapat surat tu sebab pastu 6 hari direct aku tak g keje... surat sampai kat umah akak aku....
Maka aku terpaksa menahan bebelan kakak aku dan kekecewaan abah aku... Aku taktau macamana nak menghadap mak abah time tu...

Pastu aku menganggur lagi.. hari2 lepak kat umah membe aku kat Kota Baghdad tu.. lepak main YM masa tu, masa aku menganggur....


Nampak tak kesilapan aku? masa tu aku muda  tak fikir panjang. Dan aku tak ambik iktibar dari pengajaran kisah pertama aku. Bila fikir2 balik. aku rasa bodoh sangat.. Tapi benda dah jadi kan? takleh tarik balik, takleh nak ulang balik masa lalu kan? kan? 
Janganlah gagal macam aku wahai budak2 yang baru nak up kat luar sana tu. 
Kalau korang tak buat macam aku, korang takkan gagal macamana yang aku gagal skang ni. 
Trust me bro and sis!! Agak2 kalau aku stay aku dah manager level skang ni kot. 
So jangan pilih jalan hitam. Supaya nanti bila korang dah besar skit, korang takyah la letih2 buat blog macam aku ni untuk nasihat orang lain. 


Tunggu part 3 dari aku. Part 3 lebih best skit sebab that on that time aku betul survive macam orang susah. 
Sekian, aku nak g baca blog2 orang lain yang best lak. Assalamualaikum! peace!

Thursday, December 23, 2010

Jangan gagal wahai orang yang bukan lelaki.

Melihat sikap keterbukaan gadis2 yang melepak di belakangku, buatkan aku terfikir. Aku fikir, aku fikir, aku fikir, tiba2 teringat, lantas mengkaji, then memory refreshed.
Mengambil kisah dari beberapa rakan2 terdekat dan orang2 di sekeliling yang berkait, aku bercerita.

Begini ceritanya...

Wahai anak2 perempuan yang comel, yang buat aku tersenyum girang...
Belajarlah kamu dari anak2 lagi untuk bersolat, bersopan santun dan menjadi anak2 gadis yang bijak satu hari nanti. Seandainya2 teman2 sepermainanmu sudah pandai menyebut "babi engkau", "bodoh" dan sebagainya, janganlah kamu ikut, tetapi bencilah... tapi jangan dibuang kawan itu. Belajarlah memakai tudung sebagai disiplin diri sebab satu hari nanti bila kamu sudah datang haid yang pertama, kamu akan mula berkeinginan menjadi tontonan umum. Belajarlah menyekat keinginan itu. Mainlah kamu sepuasnya ketika mulut kamu masih pelat dalam menutur kata dan berbicara. Sebab nanti bila kamu dah remaja, banyak benda kamu tak dapat nak main. Belajarlah untuk jadi malu dari kecil lagi, sebab ketika remaja, kalau kamu tak tahu malu, ramai lelaki yang mahukan kemaluan kamu. Selalulah senyum pada orang2 dewasa ketika kamu kecil, sebab senyuman anak2 kecil itu penenang jiwa kami orang2 dewasa. Dan bersedialah kamu...untuk ke perenggan seterusnya...

Wahai anak2 gadis remaja yang aku suka tengok gelagat, keriangan, dan kecantikan kamu semua...
Bersopan lah kamu di hadapan orang tua.. Senyumlah..bercakaplah dalam nada yang lembut dengan orang tua.. seganas mana kamu dengan kawan2 kamu, sesosial mana pun aliran muzik kamu, lembutlah, lembutlah hatimu wahai gadis2.. Berhati hatilah dengan pujukan rayu seorang lelaki, pilihlah boyfriend yang sejati, yang mana walau tiada harta dan rupa, tapi mampu menenangkan jiwa kamu.. Bergaullah dengan semua orang dalam keadaan yang berbatas sebab pergaulan dapat membuat kamu tahu mana kurap dan yang mana bekam. Jadilah gadis yang bijak dalam melontarkan senyuman, yang harga dirinya terlalu mahal untuk diletak " price tag". Belajarlah dari kesilapan kawan2 mu yang gagal, dari saudara2 mu yang gagal, dari orang2 yang lebih tua... sebab satu hari nanti kamu pasti akan berada di perenggan seterusnya..

Wahai isteri2 yang selalu letih dengan kerenah suami yang macam2.....
Taatilah suami kamu..seandainya pernah terdetik di hati kamu "kalaulah aku kawin dengan ex aku dulu, mesti tak camni" atau "hensemnya lelaki tu'...maka muhasabah la kembali diri kamu... pohonlah pada Nya untuk sucikan jiwa kamu sebagai isteri.. Fahamilah hati suami kamu, turutilah kehendak suami2 kamu. Bersopan lah dengan mertua2 kamu. Berkorbanlah untuk suamimu. Setinggi mana jawatan kamu di ofis, sehebat mana dress up kamu ketika meeting, ingatlah, kamu isteri orang.... tubuhmu hanya untuk suami kamu.. janganlah kamu terawang2 dengan lelaki yang bukan suami kamu.. ingatlah...ingatlah wahai isteri2.. sebab satu hari nanti kamu akan jadi ibu untuk anak2 suami kamu macam yang akan kamu baca seterusnya nanti...

Ya ummi, oh my mama, ibbbuuuuuu... mak...amma..
Didiklah anak2mu dengan jiwa2 murni, menghormati org lain.. jangan pertahankan kesalahan anak2mu tapi marahilah mereka dengan niat dan doa... Jadikan anak2mu antara anak2 bijak dan genius!!!! ajarlah mereka mempertahankan agama dan maruah. Ajarlah mereka menjadi imam utuk menyembahyangkan mayatmu nanti. Ajarlah mereka yang dunia bukan seindah bintang2, bukan seindah drama2. Jangan membenci anak2mu ketika mereka nakal, ketika mereka gagal dalam peperiksaan. Ajarlah2 anak2 lelaki mu menghormati wanita. Ajarlah anak2 perempuan mu untuk mentaati suami dan mertua. Sebab kamu dah pernah merasa jadi anak2 kecil, kamu dah pernah merasa jadi gadis remaja, pernah mengeluh pada suamimu dan suatu hari nanti, anak2 mu inilah yang akan mendoakan kamu ketika kamu berseorangan di dalm kubur nanti...


Mak, ampunkan Aus atas dosa2 Aus pada mak selama ni.. mak tak dapat baca ni sebab mak tak tau bukak internet, tapi Aus tetap nak bagitau mak jugak yang Aus tak pernah berhenti doakan mak dan abah..

Salam kasih sayang dari orang yang gagal...Aku bukan orang yang baik.

Tuesday, December 21, 2010

Permulaan Kegagalan - Part one - From the occupation view.

Hari ini aku gagal, macam hari2 yang sebelumya.

Episod kegagalan aku bermula lebih kurang 6 atau 7 tahun yang lepas.
Aku pegi interview kat satu company kat ulu nun jauh di sinun lepas membe aku reject offer keje tu. dia suh aku try jadi substitute. On d way, kat highway, tayar pecah, aku jatuh motor, jeans aku koyak, baju koyak kat belakang, lutut darah. Aku nak submit resume sebenarnya kat company tu. Pas eksiden tu aku tetap terus gak g submit resume. alang2!!

Sampai kat ulu nun jauh di sinun aku naik opis nak submit resume kat kerani. Then tiba2 ada satu old chinese man tegur aku
" apa lu mau?".
" saya mau hantar resume". aku jawab.
Then that chinese man cakap, "masuk sana opis".
Then aku terus diinterview oleh DR SAM, the 2nd rubber expert in Malaysia.
" hari isnin lu masuk keja, i tengok u punya muka mcam boleh kerja" the old man said.
"ini interview ka boss? saya pakai t-shirt, rambut panjang, seluar jeans, itupun koyak sebab jatuh moto tadi." aku cakap.
"takpa2, u terus masuk keja isnin ni"..........the old man replied on that time
Bermulalah episod kegagalan aku...

Start keja, aku jadi junior supervisor, 1st month gaji RM850. aku keja masuk kul 8, balik kul 11-12 malam. Hari2 balik muka hitam, sebab keje expose dgn carbon black. Aku report dgn Mr Yeo, the manager, dan kadang2 direct to Dr Sam, the company's MD. 2nd month aku naik gaji jadi RM950. Makin rajin aku keja, makin hitam muka aku hari2. 3rd month aku dapat up lagi gaji RM 1100. 4th month RM1250.
1st month - RM850
2nd month - RM950
3rd month - RM1100
4th month - RM1250
dan seterusnya banyak lagi increment dalam setahun. Gila lah...Last gaji aku adalah rahsia sebab takut diploma holder lain dengki nnt. he heh heh.

Memang aku keja all rounder, rajin gila. Aku dapat belajar buat rubber bearing( anti vibration utk jambatan dan bangunan). Banyak projek aku involve. Paling dahysat projek aku involve adalah untuk "rubber bearing Empangan terbesar di China". Aku dapat keje dgn engineer dari Australia( Chris) dan one dari Argentina ( tak ingat nama). Aku supervise quality and operator2 Bangla dan Nepal. Macam2 testing method aku belajar. Membe2 keje pun best.( rindu lak aku kat Bro Hafizan, Bro Dzul, Bro Aziz(the player), dan ramai lagi kawan2.

About a year aku keje, aku resign sebab dapat offer dari sorang conman( penipu). Aku resign, Dr Sam and Mr Yeo, terkejut .
" lu ada good future here la kawan" " apa pasai mau pegi keja lain tempat? "
aku jawab, "i got better offer la."
Profesionally they let me go. Gua pun g keje kat Klang, duk dalam opis.. then 3 bulan takde gaji... gua kena tipu...semua staf situ kena tipu... celaka kau Halim, lu memang penipu paling "the greatest" yg aku pernah jumpa.

Skang Dr Sam pun dah mati. Tu pun aku terbaca dalam paper The Star cerita kematian dia. He was a very very very very hardworking person. Last2 before aku resign aku selalu berborak dalam opis dia malam2, time tu dia tgh survive dgn cancer. Then aku blah camtu je.. Sam, i am so sorry for betraying the hope and future that you put on me.

Skang dah 2010, kalaulah aku stay kat company 1st aku, aku dah leh create my own rubber bearing for international project.Aku maybe dah manage berpuluh projek. Aku dah leh jadi rubber products expert. Tapi by the wrong decision yang aku buat dulu, inilah hasilya, aku gagal dan masih gagal sampai skang... Aku dah try improve aku punya life, tapi still tahap tu... ada je halangan..lepas satu, satu lagi halangan datang... tak berhenti langsung halangan aku.... Tapi aku yakin, Allah jadikan sesuatu pasti ada hikmahnya...

Nanti aku sambung part two lak. aku nak tidoq, esok nak menghadap orang nak maki2 aku lak.